Salam buatmu :)
Friday, March 30, 2012 1 Comment(s)
Salam buat penghuni syurga,
Salam yang harumnya melebihi haruman kasturi,
Sejuknya melebihi embunan pagi,
Salam sehangat mentari dhuha nan berseri,
..::::seSUATU::::....
Thursday, November 10, 2011 0 Comment(s)
Assalamualaikum sahabat :)Today, i would like to tell you something. it's a very important thing.:)
Allah is near, this is the thing. :)
I know you knew it. :)
Juz a reminder for you, and of course for me too. :)
whatever it is, whoever you are, wherever you are, Allah is The Only One
لا إله إلّا الله
Allah is near to whoever supplicates Him. :) So, waiting for what?
Do supplicates him!
Allah Almighty says in the Qur'an:
[Qur'an 2:186].
The above verse was revealed as an answer to a question addressed to the Prophet (peace and blessings be upon him) by some of his Companions (may Allah be pleased with them).
They asked him: "Oh Messenger of Allah! Is our Lord near to us, so we can secretly talk to Him [munaja], or He is far, so we should call upon Him [loudly]?" Thereupon Allah Almighty revealed this verse: "And when My slaves ask you (O Muhammad) concerning Me, then (answer them), I am indeed near (to them by My Knowledge) "
This is because Allah is The Watcher, The Witness Who knows what is in the hearts [the secret] and that which is more hidden; He knows the treacherous (look) of the eyes and whatever the hearts conceals. Allah is Near to whoever supplicates him and immediately responds as He says "I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me".
So?
ALLAH IS NEAR
:)
prepared by; thinker :)
reference: knowingallah.com
...::Indahnya Bersahabat KeranaMU::...
Thursday, October 6, 2011 6 Comment(s)
Dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Haddad :
1) Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri
dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia
kepada perintah Allah,maka hal sedemikian itulah yang dikatakan
bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala.
2) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya,
kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama,
dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya,
maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.
3) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya,
kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan,
yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya,
maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.
4) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya,
kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa
lapang senang berkawan dengan orang itu,
dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya,
ini juga berkasih-sayang kerana Allah
“Ya Allah, kau jauhkanlah kami daripada persahabatan yang semacam ini” :
1) Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya,
dan di dalam hal-ehwal kehidupannya,yang menerusinya ia bisa hidup
senang-lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta biasa yang
tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah.
2) Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu bisa
menemannya untuk pergi ke tempatmaksiat, atau membantunya untuk
menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan
fasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan serupa itu
adalah persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna,
kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak kena-mengena
dengan Allah . Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang
akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat.
Naudzubillah!!
Ayuh hayati hadith ni!!!!hayya bina................
Hazrat Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa RAsulullah s.a.w bersabda,
"Allah s.w.t akan membangkitkan pada hari kiamat beberapa golongan yang
bercahaya wajah mereka(cahaya yang bergemerlapan). Mereka berada
di atas mimbar-mimbar daripada mutiara. Orang ramai akan mencemberui (mengagumi)
mereka, sedangkan mereka itu bukan para nabi dan bukan juga para syuhada.
"Maka seorang badwi berkata, "Ya Rasulallah, terangkanlah kepada kami sifat-sifat
mulia mereka supaya dapat kami mengenali mereka." Rasulullah s.a.w bersabda :
"Mereka adalah orang-orang yang berlainan kaum dan berlainan tempat,
mereka berkasih-sayang semata-mata kerana Allah s.w.t, orang-orang
yang berkumpul di sesuatu tempat untuk mengingati Allah dan menyebut namaNya."
(HADITH RIWAYAT TOBARANI)
Dalam riwayat yang lain,
Diterangkan bahawa di dalam syurga terdapat tiang-tiang daripada 'yakut'
dan di atas tiang-tiang itu terdapat kamar-kamar daripada 'zamrud'.
Pintu-pintu kamar itu terbuka di setiap penjuru. Kamar-kamar
itu bersinar seperti bintang bercahaya. Kamar-kamar itu
adalah untuk orang-orang yangberkasih-sayang semata-mata
kerana Allah s.w.t, orang-orang yang berkumpul di sesuatu tempat
kerana Allah s.w.t dan orang-orang yang bertemu antara satu
sama lain kerana Allah s.w.t....
Subhanallah..indahnya bersahabat kerana Allah....
p/s: hadith n riwayat di ats dipetik dr kitab FADHILAT AMAL oleh MAULANA MUHAMMAD ZAKARIYYA RAHMATULLAHI'ALAIH
~ Ahadith Muntijah ~
<<< Hebatnya amalan hambaMU >>>
Wednesday, July 20, 2011 0 Comment(s)
Assalamualaikum, peace be upon all of you, friends...:) Tidak lupe pada junjungan Baginda Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam
glitter-graphics.com
The practices of lovers of Allah are great!
Do you know why?!
Adik ku pernah menceritakan satu kisah, di saat Allah menciptakan Tanah Suci Makkah... Daripada kisah itu, saye dapat rasekan betapa hebatnya amalan hamba-hambaNya~
Ingin mendengarkan kisahnya? Teruskan membaca!
Tahukah anda?
Allah telah menciptakan Makkah sebagai tanah suci sejak langit dan bumi diciptakan~
Tanah yang telah Allah gunakan untuk mencipta bukit-bukit Makkah adalah daripada tanah yang benar-benar kukuh, benar-benar kuat...
Ketika para malaikat bertanya perihal bukit-bukau itu,"Ya Allah, adakah bukit-bukau ini benar-benar kuat?"
Allah menjawab: "Ya, benar-benar kuat."
Para malaikat bertanya lagi: "Adakah lagi yang lebih kuat daripada itu?"
Allah pun menjawab: "Ya, ada yang lebih kuat dan hebat dari itu. Ia adalah besi."
Besi kuat bukan?
Besi bisa menarah bukit-bukau yang kuat. Besi juga bisa memusnah tanah-tanah yang kukuh...
Bukit-bukau di Tanah Suci Makkah pun telah ditarah. Kini bukit-bukau itu semakin gondol dek ditarah oleh besi-besi yang kuat itu.
Para malaikat bertanya lagi: "Ada lagikah yang lebih kuat dari itu?"
Allah menjawab: "Api lebih kuat dari itu."
Bayangkan saja, dengan kepanasannya, ia bisa meleburkan besi2 itu.. Bisa meleburkan besi-besi dan menjadi pelbagai bentuk yang menarik..:)
Malaikat bertanya lagi, "adakah yang lebih hebat dari itu ya Allah?"
"Sudah tentu nya ada," jawab Allah. "Ia adalah air wahai malaikat."
Air? Mengapa ya?
Air dapat menyejukkan api, dapat memadamkan api, dengan kehendak Nya.
Hebat bukan? Api yang begitu panas, sedikit sahaja dapat mencederakan kita, tapi dapat di padam oleh air yang bersifat lembut..
Tapi, jangan tak tau, air juga bersifat ganas!!
TSUNAMI!
Air yang bersifat lembut, bertukar ombak besar yang dinamakan tsunami dan menenggelamkan bangunan-bangunan tinggi, rumah-rumah~ subhanallah!
Tahukah kawan-kawan?
Malaikat bertanya lagi..."Adakah yang lebih kuat dan hebat dari itu?"
"Ada, ianya adalah angin"
Angin? Angin yang bertiup kencang bisa saja memusnahkan apa saja! Bangunan-bangunan dan kereta juga mampu diterbangkannya.
Na'udzu billahi min dzalik~
Jadi, Allah pun berkata: "Tahukah kalian, ada lagi yang lebih hebat berbanding kesemua unsur-unsur ini?"
"Ia adalah amalan-amalan hambaku. Amalan mereka lebih hebat daripada unsur-unsur ini. Amalan mereka pastinya dapat mengalahkan segala unsur-unsur ini."
Allahu Akbar!
Kerana itu lah kita pernah mendengar ada hamba Allah yang terselamat dari kebakaran, dari tsunami dan lain-lain. Di mana pada saat kejadian mereka sedang beribadah kepada Allah s.w.t.
Hebat bukan?
Namun, apa yang penting?
KERJASAMA!
oh, nonononono~
paling penting adalah KEIKHLASAN mu, teman-teman....
Apa gunanaya kehebatan amalan-amalanmu, jika tidak disertakan dengan KEIKHLASANMU...
jagalah keikhlasan kita~
p/s: maaf kerana agak berterabur,
moga ada manfaat nya...:)
aThinkerthinks
:: Yang Hidup Pun Boleh Mati daa~ ::
Sunday, July 17, 2011 2 Comment(s)
Assalamualaikum semua~ semoga senantiasa dalam lindungan NYA, in sya Allah
maaf kerana sudah lama x update...T_T
tengok tu.....dah berhabuk, ayoyo!
semut pon ade! shuh3..terima kasih sebab berusaha halau semut tu jugak...hehe...
ehem3.....back to the topic~
Apa yang hidup dan apa yang mati ye? hmmm~ bacalah post ini sampai penghujungnya~ ^_^
Seringkali kita mendengar firman Allah s.w.t:
إِنّ الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر
Maksudnya: Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
Sudahkah kita merenung, sudahkah kita menilai, sudahkah kita mengkaji, sudahkah kita memuhasabah diri akan perkara ini....
Dimanakah tahap solat kita? Adakah di tahap yang dapat mencegah kita daripada perbuatan-perbuatan yang keji? Adakah di tahap yang dapat menghalang kita daripada melakukan mungkar? Tepuk dada, tanyalah IMAN~
Sejujur-jujurnya, solat saya juga bukanlah di tahap itu. Apakan daya, saya juga sedang berusaha ke arah itu.
Mari kita renung-renungkan~
.::SOLAT::.
Solat yang harus kita contohi adalah seperti solatnya Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Solat yang harus kita teladani adalah seperti solatnya para sahabat radhiallahu 'anhum.....
Mereka solat bagai melihat Allah di hadapan mereka...
Mereka solat seolah-olah tiada lagi esok bagi mereka....
Kita patut mencontohi mereka yang memanjangkan rakaat mereka agar lebih khusyuk lagi... Burung-burug juga menghinggapi bahu-bahu mereka kerana menyangkakan mereka adalah batu, kerana panjangnya solat mereka, yang dilakukan penuh ketelitian...subhanallah!
Kalau kita, solat pun sudah seperti burung yang mematuk biji-bijian.. how sad~
Solat para sahabat adalah semata-mata kerana Nya, solat mereka adalah semata-mata untuk menarik rahmat Allah...
Mereka menggunakan solat sebagai pergantungan kepada Allah, mereka menggunakan solat sebagai satu jalan berhubungan dengan Allah, mengadu segala-galanya kepada Allah, meminta pertolongan apapun melalui solat~
Kerana itulah kita tidak seharusnya hairan jika mendengar kisah-kisah pertolongan Allah terhadap mereka dengan bersolat...
Ada di kalangan mereka yang sembuh daripada penyakit dengan bersolat..
Ada juga dikalangan mereka yang menjumpai barang yang hilang dengan bersolat..
Ada juga dengan bersolat, ternakan mereka yang telah mati hidup kembali!
Subhanallah! Subhanllah! Subhanallah!
Dikisahkan ada seorang sahabat yang kehilangan uncangnya ketika bermusafir.. Ketika itu hari sudah malam, gelap tanpa lampu yang menyuluh..
Tanpa membuang masa, dengan penuh pengharapan dan pergantungan terhadap Allah, sahabat itu pun solat.. di dalam solatnya, dia menyerahkan segala-galanya pada ALlah agar menemukan semula uncangnya kerana dia amat-amat memerlukannya...
Usai solat, sahabat itu mendapati terdapat cahaya yang keluar dari tapak tangannya, subhanallah! dengan menggunakan cahaya itu, sahabat itu berusaha mencari uncangnya yang hilang itu, tanpa berputus harapan terhadap Allah.. Dengan izinNya, sahabat itu menjumpai uncangnya itu...
Lihatlah, dengan solat para sahabat mendapat pertolongan daripada Allah~ Bagaimana dengan kita?
Jika dahulu, para sahabat meminta agar yang mati dihidupkan semula dengan solat, kita pula?
Kita, dengan solat, YANG HIDUP PUN BOLEH MATI~
NYAMUK!!!!
Nyamuk ni pun boleh mati~ adoii!
Mari-mari, kita muhasabah diri, perbaiki solat sehari-hari, agar rahmat Allah yang diperolehi, jangan murkaNya yang kita cari....
~aThinkerThinks~
Kartun, Kartun n Kartun..^_^
Thursday, June 16, 2011 1 Comment(s)
Assalamualaikum semua...:)Jom layan kartun ni!!
~sekadar hiburan~
^_^
moga bermanfaat
~athinkerthinks~
...:Kerana CINTA:....
Monday, June 13, 2011 0 Comment(s)
KERANA CINTA
by: inteam & mestica
by: inteam & mestica
Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala
Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa
Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
Yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan kita pula
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama
Cinta yang sejati
Hanya cintakan illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya
Cintakan saudara
Hanya sementara
Serta sesama insan
Suburkan dengan ketakwaan..
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptalah cinta
Di situ rindu bermula
Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala
Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa
Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
Yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan
Dan jangan kita pula
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta
Tergadai semua maruah agama
Cinta yang sejati
Hanya cintakan illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya
Cintakan saudara
Hanya sementara
Serta sesama insan
Suburkan dengan ketakwaan..
Hanya pada-Nya tempat mengadu
perkongsian yang sedikit dari diri ini..:)
~athinkerthinks~