Seruan Kalbu

:: Yang Hidup Pun Boleh Mati daa~ ::
Sunday, July 17, 2011 2 Comment(s)
Assalamualaikum semua~ semoga senantiasa dalam lindungan NYA, in sya Allah 

maaf kerana sudah lama x update...T_T


tengok tu.....dah berhabuk, ayoyo!


semut pon ade! shuh3..terima kasih sebab berusaha halau semut tu jugak...hehe...

ehem3.....back to the topic~


Apa yang hidup dan apa yang mati ye? hmmm~ bacalah post ini sampai penghujungnya~ ^_^

Seringkali kita mendengar firman Allah s.w.t:

إِنّ الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر

Maksudnya: Sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.



Sudahkah kita merenung, sudahkah kita menilai, sudahkah kita mengkaji, sudahkah kita memuhasabah diri akan perkara ini....

Dimanakah tahap solat kita? Adakah di tahap yang dapat mencegah kita daripada perbuatan-perbuatan yang keji? Adakah di tahap yang dapat menghalang kita daripada melakukan mungkar? Tepuk dada, tanyalah IMAN~ 

Sejujur-jujurnya, solat saya juga bukanlah di tahap itu. Apakan daya, saya juga sedang berusaha ke arah itu.

Mari kita renung-renungkan~

.::SOLAT::.

Solat yang harus kita contohi adalah seperti solatnya Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Solat yang harus kita teladani adalah seperti solatnya para sahabat radhiallahu 'anhum.....

Mereka solat bagai melihat Allah di hadapan mereka...
Mereka solat seolah-olah tiada lagi esok bagi mereka....

Kita patut mencontohi mereka yang memanjangkan rakaat mereka agar lebih khusyuk lagi... Burung-burug juga menghinggapi bahu-bahu mereka kerana menyangkakan mereka adalah batu, kerana panjangnya solat mereka, yang dilakukan penuh ketelitian...subhanallah!

Kalau kita, solat pun sudah seperti burung yang mematuk biji-bijian.. how sad~



Solat para sahabat adalah semata-mata kerana Nya, solat mereka adalah semata-mata untuk menarik rahmat Allah...

Mereka menggunakan solat sebagai pergantungan kepada Allah, mereka menggunakan solat sebagai satu jalan berhubungan dengan Allah, mengadu segala-galanya kepada Allah, meminta pertolongan apapun melalui solat~

Kerana itulah kita tidak seharusnya hairan jika mendengar kisah-kisah pertolongan Allah terhadap mereka dengan bersolat...

Ada di kalangan mereka yang sembuh daripada penyakit dengan bersolat..
Ada juga dikalangan mereka yang menjumpai barang yang hilang dengan bersolat..
Ada juga dengan bersolat, ternakan mereka yang telah mati hidup kembali!
Subhanallah! Subhanllah! Subhanallah!



Dikisahkan ada  seorang sahabat yang kehilangan uncangnya ketika bermusafir.. Ketika itu hari sudah malam, gelap tanpa lampu yang menyuluh..
Tanpa membuang masa, dengan penuh pengharapan dan pergantungan terhadap Allah, sahabat itu pun solat.. di dalam solatnya, dia menyerahkan segala-galanya pada ALlah agar menemukan semula uncangnya kerana dia amat-amat memerlukannya...

Usai solat, sahabat itu mendapati terdapat cahaya yang keluar dari tapak tangannya, subhanallah! dengan menggunakan cahaya itu, sahabat itu berusaha mencari uncangnya yang hilang itu, tanpa berputus harapan terhadap Allah.. Dengan izinNya, sahabat itu menjumpai uncangnya itu...

Lihatlah, dengan solat para sahabat mendapat pertolongan daripada Allah~ Bagaimana dengan kita?

Jika dahulu, para sahabat meminta agar yang mati dihidupkan semula dengan solat, kita pula?

Kita, dengan solat, YANG HIDUP PUN BOLEH MATI~


NYAMUK!!!!

Nyamuk ni pun boleh mati~ adoii!

Mari-mari, kita muhasabah diri, perbaiki solat sehari-hari, agar rahmat Allah yang diperolehi, jangan murkaNya yang kita cari....

~aThinkerThinks~




May Allah Bless <3




Older Post . Newer Post


// Kiss The Rain - Yiruma