Seruan Kalbu

...:: Berkerutlah Dahimu ::...
Friday, March 11, 2011 0 Comment(s)
Assalamualaikum...again, a really great3 greetings to all of my beloved friends, may Allah bless all of you always..:)

and again, for 1,2....2!..2 months I haven't update this blog....how many time did I opened this blog? still with  'LOVE LETTERS'?.....ok..ehem2, sekarang si penulis nak update blogny..insyaAllah…

ok, hari ni mahu mengisahkan tentang ‘BERKERUTLAH DAHIMU’…


Bismillah…al-kisahnya, begini…telah dikisahkan di sebuah kampung, kampung yang aman dan damai..  Dalam kedamaian dan keamanan ini, terselitlah hati-hati yang kotor, hati yang cinta akan keduniaan, hati yang cinta akan maksiat.. warga kampung ini tenggelam dengan dunia masing-masing. Tidak mempedulikan antara satu sama lain. Yang lalai terus-terusan lalai…yang  alpa terus-terusan lupa…lupa pada Pencipta mereka…namun dalam kalangan warga kampung ini seorang ‘abid tekun beribadah, menyembah Allah, tekun dalam aktiviti rutinnya iaitu ibadah…dia terus-terusan dengan ibadahnya tanpa menghiraukan orang lain, tanpa menghiraukan orang lain yang hanyut dengan dunia kemaksiatan….

Ditakdirkan suatu hari Allah telah memerintahkan malaikat untuk menurunkan azab ke atas kampung itu disebabkan maksiat yang berleluasa…sampai sahaja malaikat di kampung itu, malaikat berkata: “bagaimana mungkin kami menurunkan azab di kampung ini, sedangkan di kalangan mereka masih ada seorang ‘abid yang beribadah kepadaMu?”…maka Allah menjawab: “Azablah dia bermula dari kepalanya, kerana sepanjang hidupnya, tidak pernah sekalipun dahinya berkerut apabila melihat kemaksiatan yang berlaku..”

Astaghfirullah..na’udzu billahi min dzalik!

Kisah kedua: telah dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s, terdapat seorang ‘abid yang amat banyak amal ibadahnya. Dikisahkan bahawa dia telah beribadah di puncak sebuah gunung selama 40 tahun tanpa turun dari gunung itu. Dia hanya beribadah dan tidak memikirkan orang lain. Begitu banyaknya ibadah si ‘abid ini hinggakan Nabi Musa a.s telah terlihat satu cahaya yang bersibar dan berkilau dating dari puncak gunung tersebut. Lalu, Nabi Musa pun menghampiri si ‘abid. Si ‘abid pabila ternampak Nabi Musa a.s, beliau terus bertanya dengan yakin: “wahai Nabi Musa, engkau tanyalah pada Allah, syurga apa bagiku?” Lalu Nabi Musa pun bertanya pada Allah. Sekembalinya Nabi Musa a.s kepada si ‘abid ini, Nabi Musa a.s berkata: “Tiada syurga bagimu, wahai si ‘abid.”.. hairanlah si ‘abid lalu berkata: “Aku telah beribadah selama 40 tahun..mana mungkin tiada syurga bagiku..jika amalanku ini ditimbang, sudah pasti ianya begitu banyak sekali.” Lalu Nabi Musa pun mengambil timbangan untuk menimbang amalan si ‘abid ini. Amalan si ‘abid telah diletakkan di suatu bahagian, dan nikmat-nikmat daripada sebelah telinganya diletakkan di satu bahagian yg lain. Ternyatalah! Nikmat daripada sebelah telinganya pun belum dapat di bayar oleh amalannya selama 40 tahun..subhanallah! Lalu, si ‘abid berkata: “Ya Allah, amalanku selama 40 tahun pun masih tidak menjamin aku memasuki syurga, jadi apakah akan terjadi pada umat yang lain?”..maka, Allah amat mencintai kerisauannya itu. Dengan kerisauan si ‘abid terhadap amalan umat yang lain, telah menjadi sebab dia memasuki syurga!MasyaAllah!


*itu sahaja penulis dapat kongsikan pada kali ini..:)






May Allah Bless <3




Older Post . Newer Post


// Kiss The Rain - Yiruma