Seruan Kalbu

Keluargaku HEBAT !!!
Wednesday, August 4, 2010 4 Comment(s)
Salam perjuangan buat sahabat sekalian!!!

Fuh..setelah sekian lamenye xmenaip...akhirnya diberi kekuatan dan sedikit masa utk terus mengupdate blog ku ini...Keluarga? jarang2 org post tentang keluarga.hari ni saye nak berkongsi sebuah sajak tentang Keluargaku Hebat..nak tau sape yg cipta??wah3..adik saye yg  reka ni..SYAIMA', darjah 5..sajak ni sengaje dikongsi kerana isinya amat2 menyentuh hati..jom hayati same2!



KELUARGAKU HEBAT!

Keluargaku,
Engkau bagai nyawa untukku,
Tiada engkau, maka tiadalah aku,
Susah senang bersama dikongsi,
Gelak ketawa bersama dirasai.

Ayah,
Kau ketua pembimbing keluargaku,
Menghantar aku mencari ilmu,
Mengerah keringat mencari rezeki,
Yang salah ditegur,
Yang benar dipuji.

Ibu,
Kau melahirkan aku,
Bagai mahu tercabut nyawamu,
Tetapi, kau tetap berdiri teguh demi permatamu,
Tanpa engakau, siapalah aku.

Abang,
Mengusikku saban hari,
Membuatku kekadang ketawa, kekadang teruji,
Bergurau denganku kemestiannya setiap hari,
Tanpanya, mendunglah hati.

Kakak,
Tempat meluahkan masalah di hati,
Membantu aku sepenuh hati,
Tiada iri hati,
Tiada dengki,
Membuat aku gembira saban hari.

Adik,
Keletahnya mencuit hati,
Ketawa hingga tidak kering gusi,
Suka dibelai,
Suka dimanjai,
Hingga penat aku melayani.

Itulah keluarga yang kumiliki,
Keluargaku hebat, itu sudah pasti,
Gembira dan sedih perkara sebati,
Keluargaku hebat!
Tiada yang menandingi.


Moga2 keluarga kita sentiasa dinaungi rahmatNya dan berkat daripadaNya dan dilindungi dari segala malapetaka..Amin Ya Rabb!!







May Allah Bless <3




Older Post . Newer Post


// Kiss The Rain - Yiruma