Seruan Kalbu

Ahlan wa sahlan ya ramadhan...(^_^)
Wednesday, August 11, 2010 2 Comment(s)


Subhanallah... Terasa cepat masa berlalu. Pejam celik, pejam celik, Ramadhan menjelma semula. Sebelum mata pejam tak celik2, jom manfaatkan ruang dan peluang yang diberi oleh Allah s.w.t. iaitu dipertemukan Ramadhan buat sekian kalinya..ALHAMDULILLAH!


Selalunya manusia pada bulan Ramadhan ini terbahagi kepada 3 golongan:
1- Golongan yang menjadikan bulan ini sebagai suatu kesempatan untuk menggandakan amalan masing-masing.
2- Golongan yang menganggap bulan ini sebagai suatu keadaan yang biasa2 sahaja,
3- Golongan yang melakukan masih tidak mahu meninggalkan dosa2 dan maksiat yang dilakukan.. Naudzbillah...

Fikir-fikirkanlah anda termasuk golongan yang mana.

Ana begitu yakin bahawa antum tentu tahu fadhilat bulan barakah ini. Tidak perlulah ana sebutkan banyak di sini.
-Syaitan-syaitan dibelenggu.
-Dosa-dosa kita yang lampau diampunkan.
-Disediakan Lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan. MasyaAllah...

Dalam al-Quran yang suci telah diberitahu bahawa Lailatulqadar adalah lebih afdal daripada seribu bulan. Seribu blan adalah sama dengan 83 tahun 4 bulan. Sungguh bertuahlah orang yang mendapat taufiq untuk beribadat pada malam itu. 

Sesiapa yang dapat beribadat pada satu malam tersebut, seolah-olah dia telah menghabiskan masa selama 83 tahun 4 bulan lebih dalam keadaan beribadat. Keadaan yang 'lebih' itu pun tidak diketahui berapa bulan yang lebih afdal daripada seribu bulan.

Pada hakikatnya ini adalah satu nikmat yang sangat besar. Bagi mereka yang tahu menghargainya, Lailatulqadar adalah HADIAH yang tidak ternilai yang telah dikurniakan.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menjadikan Ramadhan ini sebagai titik tolak untuk kita memperbaiki akhlak kita... yela... syaitan dah xde... nafsu je yang perlu dikawal. Marilah sama-sama berusaha mencari Lailatulqadar. Sanggupkah anda melepaskan ganjaran yang begitu besar yang tidak terdapat dalam bulan2 yang lain?



Amat rugilah bagi mereka yang tidak meghiraukan ganjaran tersebut.

Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda, " Sesiapa yang tidak berpuasa sehari daripada Ramadhan tanpa keuzuran atau sakit, dia tidak akan dapat menqadhakan puasa itu walaupun dia berpuasa seumur hidup, walaupun dia berkemampuan untuk melakukan sedemikian. "



May Allah Bless <3




Older Post . Newer Post


// Kiss The Rain - Yiruma