Seruan Kalbu

Langkah ke Masjid Langkah HASANAT
Sunday, June 13, 2010 0 Comment(s)


Besarnya pahala bagi mereka yang berulang-alik 5 kali sehari ke masjid  atau surau apatah lagi secara istiqamah. Bahkan banyak sekali keutamaanyang diberikan kepada mereka yang memakmurkan rumah Allah ini. Namun, tanpa disedari, pahala yang besar dan banyak ini hanya akan dimnafaatkan oleh mereka yang benar2 beriman dan beramal soleh kerana kekuatan iltizam. 

Itulah pembayang dan penterjemahan pada kekuatan dan kemantapan dan kesempuranaan iman yang bergemerlapan dalam jiwa mereka.

Firman Allah s.w.t :

"Yang akan memakmurkan masjid2 hanyalah orang yan beriman kepada Allah dan hari kemudian, mendirikan solat, membayar zakat dan tidak takut (kepada seisapa pun) selain kepada Allah, maka merekalah orang yang diharapkan termasuk golongan orang mendapat petunjuk." (Surah at-Taubah:18)

Dapat kita dilihat pada hari ini, banyak surau dan masjid yang cantik telah dibina bagi memudahkan kita untuk solat berjemaah lima waktu serta meraih pahala dan keutamman yang banyak itu. Apatah lagi jika surau dan masjid yang cantik itu berada berdekatan dengan rumah dan kawasan kita belajar. Namun, masjid2 itu kini hanyalah untuk tatapan umum dan sebagai salah satu tarikan pelancongan..wajarkah???

Mukmin sejati semestinya seorang yang sentiasa berusaha keras, beriltizam dan istiqamah dalam setiap amalan

Malang seribu kali malang apabila jumlah mereka yang istiqamah dan beriltizam dengan setiap amalan adalah tidak ramai, malah sangat sedikit. Jelaslah firman Allah s.w.t :

"Dan sememnagnya sedikit sekali antara hamba2 Ku yang bersyukur." (Surah Saba':13)

Moga kita termasuk dalam mereka yang sedikit itu,,amin, insyaAllah..



Daripada Ubai bin Kaab r.a, katanya: "Ada seorang lelaki yang setahuku dialah yang paling jauh tempat tinggalnya dari masjid. Walaupun begitu, dia tak pernah ketinggalan bersolat jemaah. Kata orang kepadanya: 'Alangkah baiknya jika kamu membeli seekor keldai untuk tunggangan kamu pada malam gelap atau panas terik.' Dia menjawab: 'Aku tidak suka tinggal berdekatan dengan masjid kerana aku ingin supaya setiap langkahku pergi dan pulang dari masjid ditulis Allah pahalanya bagiku.' Sabda Rasulullah s.a.w: 'Allah mengumpulkan pahala semuanya itu bagimu.'" (Riwayat Muslim)

Usaha menghubungkan diri kita dengan masjid bermakna kita menghubungkan diri kita pada satu sumber hasanat yang teramat banyak

p/s: post ini telah dipetik dari buku 'LEMBUTKANLAH HATIMU' hasil karya Amaluddin Mohd Napiah..Buku ini telah diberi oleh seorang guru, iaitu rakan sekerja ibu sy, Beliau yang berbangsa India dan beragama Hindu telah memberikannya sebagai hadiah Hari Guru. Buku ini merupakan buku kedua yang beliau telah hadiahkan kepada ibu sy,Buku pertama adalah sebuah buku himpunan hadith...Subhanallah..moge beliau diberi hidayah oleh Allah s.w.t jika dihatinya punya keikhlasan utk mendalami agama Allah ini..insyaAllah~







May Allah Bless <3




Older Post . Newer Post


// Kiss The Rain - Yiruma