Seruan Kalbu

..:...:...:Kisah Remaja Ini:..:...:..
Saturday, June 19, 2010 5 Comment(s)



Cabaran demi cabaran, malah ujian, dugaan, musibah, mehnah dan yg seangkatan dgnnya harus dihadapi oleh kita sbg remaja di zaman yg serba moden ini…Pada peringkat permulaan, cabaran yg dihadapi adalah utk pembangunan diri tp kini cabaran yg di terima adlah utk pemodenan diri iaitu meletakkan diri kita pada tahap yg lebih baik. Kadang-kala semangat kita hilang dn menjauh dr diri kita namun yg penting adalah motivasi diri yg kuat perlu ada dalam diri… Jom hayati kisah ni!!

Sesungguhnya mereka adalah bbrapa orang pemuda yg hidup pada suatu masa di zaman seorang raja yg atheis (tidak bertuhan) dan zalim, angkuh dn mengakui dirinya sebagai tuhan!!! Mreka melihat dan mmerhati keadaan masyarakat sekeliling yg lalai, alpa, leka. Kaum mereka mnyembah berhala, berpesta,dgn iringan lagu yg melalaikan dan didampingi minuman  yg memabukkan. Mereka melihat kaum mereka bersujud kepada berhala dan bertaqarrub kepada batu2 yg jelas tidak mmberikan apa2 mnfaat ataupun mudharat.

Jiwa kecil mereka menjerit dan memekik :  “Ini adalah kejahilan dan kebodohan yang nyata!!”.. Allah ingin mnghidupkan hati2 pemuda ini lantas mereka mengasingkan diri  dr kaumnya. Perihal ketauhidan mreka diketahui oleh pihak pemerintah dn raja mngarahkan tentera mncari mreka dn mnghukum mereka krn keluar dr agama nnek moyang mereka..  Mereka bertekad dn melarikan diri drpd kezaliman demi mneguhkan pegangan mereka.

Allah s.w.r berfirman : “ Dan kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata, ‘Rabb kami adalah Rabb langit dan bumi, kami sekali-kali tidak akan menyeru tuhan selain Dia. Sesungguhnhya kami kalau demekian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran’” (Surah al-Kahfi:14)

Mereka bersembunyi di dlm sebuah gua yg sempit dan gelap. Dengan izin Allah s.w.t, mereka tertidur di dalam gua tersebut selama 309 tahun. Kisah ini telah kita maklumi bahawa Allah telah mmbantu mereka yg ingin meneguhkan hati mereka pada agama Allah. Apa yang penting di sini, mereka adalah ikon pemuda yang mempunyai keteguhan hati dan kejernihan jiwa kepada Allah s.w.t.



Pada era moden in, golongan yang berjaya adalah mereka yang bersikap seperti ashabul kahfi ini.. Masih wujudkah keperibadian seperti mereka di zaman ini?

Inilah mereka….

Di celah2 zaman yg penuh dgn kefasadan dn kerosakan ini, kezaliman telah berleluasa dan kemaksiatan bermahajaralela,  terselitlah insan2 terpilih, pilihan Allah s.w.t yg amat tinggi pegangan agamanya. Dlm kesibukan masyarakat, mnjadi hamba kepada dunia yg penuh segala tipu daya, mereka tetap dan teguh pada keyakinan dan keimanan kepada Allah s.w.t. Merekalah pemuda2 dan pemudi2 yg iltizam mendirikan solat berjemaah 5 waktu sehari semalam.

Mereka bersungguh menjaga akhlak dan keperibadian mereka. Diri mereka dihiasi dengan akhlak islamiyah. Di waktu rakan2 sebaya dengan mereka lalai dan leka dan bergembira, bersuka-ria di kelab2 hiburan dan panggung wayang serta pusat2 hiburan, mereka sibuk dan khusyuk mendengar malah menghayati ceramah2 pengajian agama. Hati dan jiwa mereka telah terikat, terpaut dan jatuh cinta pada majlis2 itu. Ia umpama taman2 syurga. Dengannya, hati mereka bersinar2 dan jiwa mereka bercahaya..

Di majlis inilah, mereka memperoleh kebaikan, keistiqomahan, kemuliaan dan zikir kepada Allah s.w.t. Di taman syurga inilah mereka bertemu pemuda2 dan saudara2 mereka yg dikasihi dn yg berpegang teguh pada iman dn taqwa. Mereka bertemu dgn org yg sentiasa memelihara solat lima waktu secara berjemaah, taat kepada Allah s.w.t dan RasulNya. Mereka bersatu dan brkmpul kerana Allah dan sesungguhnya mereka bahagia yg teramat bahagia bersama….

Tatkala remaja2 lain gemar dan seronok mmbaca majalah2 pisican, murahan dan berunsur lucah, mereka ini pula asyik dengan dunia bacaan mereka tersendiri, pilihan mereka adalah al-Quran, hadith2 Rasulullah, buku2 sirah Rasulullah, kitab2 agama dan buku2 karya ulama’2 muktabar.

Itulah teman dan sahabat mereka. Kitab2 agama menjadi  teman dampingan. Teman yg tidak pernah menipu. Dengannya, mereka dididik dan diasuh dgn asuhan rabbani. Mereka sgt suka mndengar alunan2 merdu bacaan al-Quran dan nasyid2 islamik. Mereka mendengarnya di mana jua mereka berada. Tatkala di rumah, berkumandanglah irama2 yg mengajak mereka kepada Allah s.w.t, menyemarakkan lg roh jihad. Jiwa mereka sntiasa berhajat pada hiburan yg dapat mnenangkan hati mreka.

Di dalam kereta, alunan al-Quran mnjadi pilihan hati mereka. Siaran radio yg tidak syara’ ditolak ke tepi. Mreka takut utk mndengarnya, bimbang Allah murka.
Mereka tidak sama dengan remaja2 lain, sukakan nyanyian dn lgu2 yg melalaikan dn mnjauhkn diri dr Allah s.w.t..nyanyian artis yg mndedahkan aurat, artis yg hidupnya tidak teguh pd agama…

Wahai saudara yang budiman! Inilah mereka!!!! Beginilah kehidupan mereka. Berzikir, membaca al-Quran, solat lima waktu berjemaah, berakhlak mulia dan mereka sentiasa tenang menghadapi cabaran dan dugaan yang diberikan Allah s.wt…


Itulah kehidupan pemuda K.A.H.F.I di zaman moden ini. Walaupun dunia sebegini  hancur, rosak dengan kemungkaran yg berleluasa, mereka tetap dengan keyakinan mereka.  Anda pula bagaimana?

Mereka kelihatan tenang. Wajah mereka bersinar-sinar tanda keikhlasan dan keimanan yang jitu. Akhlak mereka cukup2 memikat. Alangkah bahagianya kehidupan mereka. Keperibadian mereka tampak unggul. Mereka berjalan penuh tawadhu’ dan wara’. Dan ketahuilah mereka sangat takut kepada Allah s.w.t. Mereka inilah pemuda contoh ikutan generasi pemuda hari ini….!!hayya bina!





May Allah Bless <3




Older Post . Newer Post


// Kiss The Rain - Yiruma