Seruan Kalbu

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH
Tuesday, May 18, 2010 0 Comment(s)

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, 

"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepadaNya." 

Berkata Nabi Isa a.s,

"Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk satu Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi,

"Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa,

"Ya Tuhanku, berikanlah pemuda ini setengah berat Jarrah cintanya kepadamu."

Setelah Nabi Isa a.s berdoa, maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama, Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut,dan berkatalah salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.Setelah Nabi Isa a.s mendengar penjelasan itu,beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t,

"Wahai Tuhanku, tunjukkanlah aku tentang pemuda itu."

Setelah berdoa, Nabi Isa a.s dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk diatas batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s lalu Nabi Isa a.s berkata,

"Aku ini Isa a.s."

Kemudian Allah s.w.t menurunkan wahyu yang berbunyi,

"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, kerana dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepadaku. Demi keagungan dan keluhuranKu, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak akan mengetahuinya."

~Subhanallah!! terlalu aguung cintanya kepada Allah s.w.t. Kita?

__________________________________________________________________________________

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri daripada tiga perkara yang  lain maka dia adalah orang yang tertipu....

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, TETAPI dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas dalam beramal, TETAPI dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, TETAPI tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah s.a.w bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencntai 5 perkara, lupa kepada 5 perkara,

1. Mereka cinta kepada DUNIA, tetapi mereka lupa kepada AKHIRAT.

2. Mereka cinta kepada HARTA, tetapi mereka lupa kepada HISAB.

3. Mereka cinta kepada MAKHLUK, tetapi lupa kepada AL-KHALIQ.

4. Mereka cinta kepada DOSA, tetapi lupa untuk BERTAUBAT.

5. Mereka cinta kepada GEDUNG-GEDUNG MEWAH, tetapi mereka lupa kepada KUBUR.



~Ya Allah, kau lindungilah muslimin dan muslimat daripada tipu daya akhir zaman..aamin~

__________________________________________________________________________________

~Menangis Orang Jahil~T_T

Seorang kaya yang jahil. Hidupnya sering bergelumang dengan maksiat dan dosa. Suatu hari, dia mengalami sakit tenat dan terlantar beberapa ketika di ICU. Pada saat dia sedar, tiba2 sahaje dia menangis sekuat hati, jiwa dan ragenye. "Kenapa abang menangis?" Tanya isterinya yang berada di sisi. Berkatalah si suami, "Saya akan mati! Bagaimana dengan banglo kita yang sepuluh buah itu? Bagaimana dengan kereta Mercedez lampu bulat tujuh buah itu? Bagaimana dengan syarikat2 perniagaan saya di merata tempat itu?" Jawab pula si isteri, "Harta-harta itu dapat pada saya semuanya bang dan selepas itu saya akan berkahwin dengan orang lain." Mendengarkan kata2 isterinya, tangisannya bertambah kuat, air mata mengalir semakin deras dan Malaikat Maut pun merentap nyawanya dengan rakus sekali seperti MENARIK KAYU BERDURI DARI DALAM KERONGKONGNYA...Astaghfirullahal 'aziim...na'udzubillahi min zalik, Ya Allah...



- dipetik dari artikel : SOUTUL EHSAN...

p/s: moge bermanfaat dan dapat memberi peringatan pd kite semua..(^_^)

~ThInKinGThInKeR~




May Allah Bless <3




Older Post . Newer Post


// Kiss The Rain - Yiruma