...::Indahnya Bersahabat KeranaMU::...
Thursday, October 6, 2011 6 Comment(s)
Dari kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman oleh Imam Habib Abdullah Haddad : 1) Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah,maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala. 2) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat-setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah. 3) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya pula ia bisa mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah. 4) Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasalapang senang berkawan dengan orang itu,dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya, ini juga berkasih-sayang kerana Allah
“Ya Allah, kau jauhkanlah kami daripada persahabatan yang semacam ini” : 1) Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya,yang menerusinya ia bisa hidup senang-lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah. 2) Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu bisamenemannya untuk pergi ke tempatmaksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalanfasik dan mungkar, maka persahabatan serupa itu dan kecintaan serupa itu adalah persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak kena-mengena dengan Allah . Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat. Naudzubillah!! Ayuh hayati hadith ni!!!!hayya bina................ Hazrat Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa RAsulullah s.a.w bersabda,"Allah s.w.t akan membangkitkan pada hari kiamat beberapa golongan yang bercahaya wajah mereka(cahaya yang bergemerlapan). Mereka berada di atas mimbar-mimbar daripada mutiara. Orang ramai akan mencemberui (mengagumi) mereka, sedangkan mereka itu bukan para nabi dan bukan juga para syuhada."Maka seorang badwi berkata, "Ya Rasulallah, terangkanlah kepada kami sifat-sifat mulia mereka supaya dapat kami mengenali mereka." Rasulullah s.a.w bersabda : "Mereka adalah orang-orang yang berlainan kaum dan berlainan tempat, mereka berkasih-sayang semata-mata kerana Allah s.w.t, orang-orang yang berkumpul di sesuatu tempat untuk mengingati Allah dan menyebut namaNya."(HADITH RIWAYAT TOBARANI) Dalam riwayat yang lain, Diterangkan bahawa di dalam syurga terdapat tiang-tiang daripada 'yakut' dan di atas tiang-tiang itu terdapat kamar-kamar daripada 'zamrud'. Pintu-pintu kamar itu terbuka di setiap penjuru. Kamar-kamar itu bersinar seperti bintang bercahaya. Kamar-kamar itu adalah untuk orang-orang yangberkasih-sayang semata-mata kerana Allah s.w.t, orang-orang yang berkumpul di sesuatu tempat kerana Allah s.w.t dan orang-orang yang bertemu antara satu sama lain kerana Allah s.w.t.... Subhanallah..indahnya bersahabat kerana Allah.... p/s: hadith n riwayat di ats dipetik dr kitab FADHILAT AMAL oleh MAULANA MUHAMMAD ZAKARIYYA RAHMATULLAHI'ALAIH
~ Ahadith Muntijah ~


Titipkan Katamu :)
Template : 





...::Indahnya Bersahabat KeranaMU::...