Seruan Kalbu

...Teguran Rasulullah s.a.w...
Monday, March 22, 2010 0 Comment(s)
         
           Suatu ketika Rasulullah s.a.w dalam perjalanan untuk menunaikan solat lalu Baginda s.a.w ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi. Rasululah s.a.w bersabda, "Sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini."

          Oleh itu, perbanyakkanlah mengingati maut. Tiada satu hari pun berlalu tanpa kubur berkata, "Aku ialah rumah kesunyian, rumah keseorangan, rumah debu dan rumah ulat-ulat."

           Apabila seseorang mukmin dimasukkan ke dalam kubur maka kubur akan berkata, "Kedatanganmu dialu-alukan, tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku. Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi, engkaulah orang yang aku sukai. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku." 

           Selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang. Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.


          Apabila orang yang berdosa dimasukkan, kubur akan berkata, "Tiada kata-kata aluan untuk kedatanganmu. Sangat jelek kedatanganmu. Daripada kalngan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci. Hari ini engkau telah datang kepadaku, engkau akan melihat layanan daripadaku."
          
           Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain. Kemudian tujuh puluh ekor ular akan dilepaskan ke atasnya. Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa ke atas bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal. Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga ke hari kiamat.
          
          Selepas itu Rasulullah s.a.w bersabda, "Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah daripada lembah-lembah neraka." (Misykat)

           Takutkan Allah s.w.t itu ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting. Perkara inilah yang menyebabkan Rasulullah s.a.w sering duduk merenung. Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah s.w.t. Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting lagi memberi manfaat di kala menghadapi kematian kelak.

       
            Arus pemodenan sedikit sebanyak melunturkan ingatan kita terhadap yang Maha Berkuasa...Semua sedar akan kematian itu pasti,,namun apakah tindakan kita??Bersiap sediakah kita untuk menghadapi saat yang pasti itu??Tepuk dada, tanyalah iman...Cuba bayangkan jika Rasulullah s.a.w masih ada di zaman kita ini.. Sudah pasti Baginda tersentuh dan mungkin mengalirkan air mata atas apa ang berlaku ke atas umat akhir zaman. Sedangkan kitalah umat yang dibangga-banggakan baginda di hadapan para sahabat..Namun, apa yang berlaku kini, apakah harus dibanggakan?? Itulah akhir zaman...agama diketepikan, akhirat tak dihiraukan, dunialah menjadi kejaran..Na'udzubillah...
 
~Moga kita menjadi umat Islam yang sentiasa ade perhubungan dengan Allah iaitu dengan zikir, zikrullah wa zikrul maut~







May Allah Bless <3




Older Post . Newer Post


// Kiss The Rain - Yiruma