Seruan Kalbu

'TAK MENGAPA...'
Thursday, March 11, 2010 4 Comment(s)
Hari ni ana nak kongsikan sajak yang amat berkesan di hati...
Sajak ni ana baca daripd satu artikel jd ana nak kongsikan dgn sahabat2 semua,,

Buat pejuang2 kebenaran, tak mengapa....

Tak mengapa,
kalau waktu tidur kita bukan lagi
seperti dahulu..

Tak mengapa,
kalau kita terpaksa mengikat perut
untuk dakwah terus maju...

Tak mengapa,
kalau kita harus menelan keperitan,
menyembunyikan seribu masalah,
menceriakan wajah,
demi meraikan mad'u...

Tak mengapa,
kalau otak kita penat kerana
berfikir masalah ummah...

Tak mengapa.
kalau mereka berkata yang tak benar tentang kita,
kesabaran dan lapang dada kita
yang akan menyerlahkan hakikat sebenar,
yang pasti kita sama sekali tidak akan
melakukan perkara yang sama kepada mereka...
bukankah kita seperti sahabat itu?
segala kemarahan dan dendam 
lenyap tika mata dilelapkan...

Takmengapa,
kalau usaha kita dianggap sia-sia di mata manusiawi,
mungkin mereka terlupa atau tak sedari,
Allah tak memandang enteng 
usaha burung kecil yang membantu Nabi Ibrahim memadamkan api...

Tak mengapa,
kalau kita kadang-kadang mengeluh kerana payah,
tapi diri harus dilatih agar sebati dan lali dengan penat dan lelah,
kerana kerehatan kita kini hanya
dalam bekerja, memberi dan bersusah...


Ikhwah wa akhawat fillah,

Tak mengapa,
kalau kita terpaksa menanggung semua itu,
kerana Allah telah pun menggantikan dengan nikmat-nikmat,
dalam kita sedar ataupun tidak,
bukan pada nama,
pangkat mahupun harta,
tapi pada KEKAYAAN JIWA...

Bukankah kita kini dapat katakan 
'sayounara' pada jahiliyah?
masa kita tidak lagi dicuri oleh perkara tak berfaedah,
'cermin mata' baru yang dikurniakan sebaik-baik hadiah,
dapat kita lihat sesuatu dengan mata hati,
kita bukan lagi orang buta...

Doa dan solat kita bukan lagi seperti orang lain,
kita ketemukan ketenangan dan kerehatan 
dalam tiap rukuk dan sujud,
doa penuh dengan harapan dan air mata,
mendambakan simpati dan pertolongan Ilahi,
tahajjud dan qiyam menjadi 
sesuatu yang sentiasa dinanti-nanti,
kerana kita imani,
kekuatan yang ditagihkan hanya milik Al-Qawiy


Setiap langkah dan hela nafas pasti besertakan Allah,
jiwa dan bibir sentiasa basah dengan zikrullah,
taubat dan istighfar jarang berpisah,
kerana kita sedar jiwa yang kotor akan cepat penat dan lelah...

Syaitan sering menunggu untuk mengambil peluang,
menipu dan mengaburi hati kita
dengan hasutan dengki,
agar kita terlupa tentang nikmat-nikmat ini....

Berbahagialah sudara-saudara yang ku kasihi,
kalau redha Allah yang kau buru
sepenuh ikhlas di hati,
nikmat ini tak akan berhenti di sini,
ganjaran yang lebih besar sedang menanti,
di hari pembalasan yang Dia telah janji...


~Ya Allah, ampunilah hambaMu ini yang sering mengeluh di kala ujianMu menimpa diri...~



May Allah Bless <3




Older Post . Newer Post


// Kiss The Rain - Yiruma